berita

Sembunyi Bayi Baru Lahir, Lelaki ‘Bermadu Kasih’ Dengan Adik Ipar Sendiri

October 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kejujuran dan kesetiaan adalah antara sifat yang perlu ada dalam setiap individu terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin. Hal ini kerana, sifat tersebut mampu melahirkan hubungan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, lain pula yang terjadinya kepada seorang wanita dari Indonesia ini apabila mengetahui si suami menjalinkan hubungan sulit bersama perempuan lain. Lebih mengejutkan apabila ‘orang ketiga’ yang meruntuhkan rumah tangganya itu adalah adik kandung sendiri.

Jalin hubungan dengan adik ipar

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, si suami berusia 24 tahun itu tergamak menduakan kasih sayang seorang isteri dengan melakukan perbuatan terkutuk bersama adik ipar sendiri. Hubungan haram yang terjalin itu membuatkan gadis yang baru sahaja berusia 17 tahun berkenaan disahkan hamil.

Bimbang perbuatan terkutuk itu disedari orang ramai, sebaik selepas melahirkan, kedua-dua mereka telah membuang bayi berkenaan. Walaupun cuba ‘menyembunyikan’, tetapi malangnya perbuatan mereka terbongkar.

Orang kampung jumpa bayi

Sekadar gambar hiasan

Penduduk kampung yang dikenali dengan nama Busiya dan Ibrahim terdengar suara tangisan bayi ketika sedang mencari rumput. Mereka yang mengesyaki sesuatu terus mencari arah tangisan itu dan alangkah terkejutnya apabila melihat bayi lelaki yang sudah dibalut berada di kawasan tersebut.

Mereka segera menyelamatkan bayi berkenaan sebelum membuat laporan polis. Pihak polis kemudian menahan kedua-dua suspek di rumah masing-masing dan kini masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes terbabit.

Sumber: Tribunnews, Bangka Tribunnews

SKIP THIS AD ×