Pempengaruh terkenal, Mek Yun mendakwa dia dan ibunya diekori oleh seorang lelaki warga asing di sebuah pusat beli-belah.
Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Selamba ‘Landing’ Atas Kereta Buat Wanita Ini Ketakutan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam ‘Influencer’ Selamba Makan Keropok Bab* Di Restoran Halal – ‘Saya Tak Fikir Panjang’
‘Lelaki yang menakutkan’
Menerusi perkongsian di TikTok, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee dan ibunya sedang berada di salah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Ibu dan anak itu kemudian menyedari ada seseorang mengekori mereka dari belakang.
Sekarang ini mak dengan Mek Yun tengah berjalan dekat dalam pusat beli-belah, ada seorang lelaki yang menakutkan ikut kami.
Kita dah jalan tiga kedai, dia masuk semua kedai dan ‘acah-acah’ macam nak tengok barang tapi sebenarnya dia mengekori kami.
Mek Yun hampir nak berdepan dengan dia dan mak pun hampir nak panggil pengawal tetapi dia terus pergi selepas dia nampak saya tengah rekod muka dia, dia pusing balik dan ‘blah’ (jalan) laju-laju.
Dalam pada itu, anak jati Kelantan ini memberitahu bahawa kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku ketika dia bersama ibunya. Malah dia juga sudah lima kali berdepan situasi yang sama semasa berjalan seorang diri.
Sementara itu, mereka juga menitipkan nasihat terutama kepada kaum wanita supaya lebih berwaspada dengan orang sekeliling.
Hati-hati golongan wanita, kalau anda kena macam ini apa yang perlu anda buat adalah masuk ke kedai paling terdekat dan maklumkan kepada staf ada lelaki sedang ikut.
Kalau nampak pengawal, terus bagitahu. Jangan jalan seorang diri terutama ke tempat letak kereta.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Mek Yun turut berkongsi pengalaman yang sama selain memintanya agar berhati-hati dan sentiasa ditemani ke mana sahaja dia pergi selepas ini.
@mekyunnnn What is wrong with certain men nowadays?! Can’t you let us women walk in peace and not be a creep?! Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mekyun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan belah laju-laju!!! Ni kali kedua Mekyun & Mok kena follow macam ni, both by foreigners. And Mekyun alone, dah kena follow 5 kali before this!!! Please be careful ladies, get help right away if you ever experience this alone!! And kalau nak confront, make sure you confront these creeps in public or near the security guard!! ??
Sumber: TikTok