berita

Seminggu Sakit Perut Keterlaluan, Gadis Ini Disangka Hamil Luar Nikah Namun Rupa-Rupanya..

May 30th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas seminggu menahan sakit di bahagian perut, seorang gadis mengambil keputusan ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Walau bagaimanapun, dia dikatakan positif hamil sedangkan belum berkahwin.

Berasa terkejut dengan dakwaan tersebut, gadis ini bertindak membuat ujian di hospital lain dan dia sebenarnya mempunyai radang di bahagian usus.

Sakit perut dah seminggu

Menafikan dakwaan yang dibuat, gadis ini menegaskan dia tidak pernah melakukan perkara tidak baik memandangkan dia merupakan anak yatim piatu. Dia hanya mempunyai kakak untuk menumpang kasih dan berita tersebut sudah tentu menimbulkan kesedihan si kakak.

Dia nekad membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan negatif hamil. Dia disyaki mempunyai masalah apendiks dan dikehendaki masuk ke wad.

Mahukan penjelasan

Dakwa gadis ini lagi, dia hanya mahukan penjelasan dan permohonan maaf daripada doktor tersebut. Dia juga menasihati orang ramai supaya tidak ragu-ragu membuat pemeriksaan kali kedua untuk pengesahan jika berlaku kejadian seperti ini.

Ada radang dekat usus

Sumber : Syaimaa Zailany

The following two tabs change content below.