Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dia dan suami, Farhan Norzaini, selepas aktres itu mendakwa hubungan mereka telah berkahir.
Artikel berkaitan: Padam Foto Suami Di IG, Zulin Aziz Muat Naik Kapsyen ‘Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami, Tiada Persefahaman’
Artikel berkaitan: ‘Perut Rasa Bengkak’ – Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan Buang Apendiks & Batu Hempedu
Enggan dedah punca berpisah
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Zulin atau nama lengakpnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, berkata buat masa ini dia enggan memberi sebarang penjelasan berhubung berita perpisahan tersebut.
Dalam masa sama, aktres itu memohon orang ramai agar terus mendoakannya dan memberi dia sedikit ruang untuk menenangkan diri.
Minta doakan yang baik-baik. Mungkin ini ujian buat kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Saya mohon maaf jika saya tidak dapat beri apa-apa penjelasan. Cukup itu saja. Biarlah hanya kami tahu dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu.
Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik di masa depan dengan haluan masing-masing.
Tiada apa yang mahu dikongsi. Semoga Allah jaga rapat aib kami. Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing.
Saya akan kembali kuat semula. Terima kasih sangat-sangat.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Zulin berharap jalan perpisahan yang dipilih berakhir dengan baik.
Permulaan yang sangat indah, saya berharap ia berakhir dengan baik. Insya-Allah.
Terdahulu, tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Zulin memuat naik perkongsian di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini sudah berkahir. Menurut Zulin mereka berpisah disebabkan tiada persefahaman.
Sumber: Zulin Aziz