
Selepas berita mengenai perceraian mengejutkan ramai, setiap hantaran yang dikongsikan oleh pelakon Syida Melvin akan mendapat perhatian.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Pegang Hati Kita Semua, Dia Boleh Bolak-Balikkan Bila-Bila Masa Saja’ – Syida Melvin
Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami – ‘Dia Failkan Disember Tahun Lalu’
Pesanan Syida Melvin
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Syida atau nama lengkapnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, meninggalkan pesanan terhadap kaum Hawa.
Dari perempuan untuk perempuan.
Semoga Allah mengurniakanmu cinta yang terasa seperti ketenangan, bukannya kekeliruan, yang nyata dan bukannya kegelisahan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada Syida di atas ujian rumah tangga yang dihadapinya ketika ini.
Dalam masa sama, warganet turut berharap adik kepada aktres Syatilla Melvin itu dan suami dapat membuat keputusan yang baik untuk perkahwinan mereka.
Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan aktres itu telah memfailkan cerai terhadap suami, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.
Meskipun sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan berikutan ada usaha pendamaian di antara mereka, namun peguam memaklumkan bahawa Syida nekad untuk meneruskan perceraian.
Sekadar rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang zuriat iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Sumber: Threads








