Hantaran yang dimuat naik pempengaruh dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled di Instagram Story telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dilaporkan Polis Indonesia, Didakwa Gagal Lunaskan Kontrak RM1.3 Juta

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Mohon Maaf Selepas Didakwa Ganggu Penumpang Dalam Pesawat

Mohon doa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Aisar berharap agar Allah SWT mempermudahkan urusannya.

Dalam masa yang sama, Aisar juga meminta orang ramai untuk turut mendoakannya.

Semoga Allah mudahkan. Doakan ya.

Bagaimanapun, Aisar hanya menulis ringkas dan tidak menyatakan dengan terperinci mengenai hantaran tersebut.

Terdahulu, Aisar telah dilaporkan kepada pihak polis Indonesia atas dakwaan penipuan dan pengubahan wang bernilai sekitar 5.7 bilion rupiah (RM1.3 juta).

Laporan tersebut dibuat oleh sebuah agensi yang pernah menjadi rakan kerjanya di Indonesia melalui wakil peguam, Machi Achmad. Pihaknya mendakwa sudah tiga kali menghantar notis tuntutan namun tiada maklum balas daripada Aisar.

Menurut seorang lagi peguam, Michael Sugijanto, isu tersebut berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat yang diwakili pihaknya.

Perjanjian berkenaan menetapkan Aisar perlu melaksanakan beberapa tugasan, namun pihak agensi mendakwa Aisar gagal menyelesaikan kewajipan yang telah dipersetujui.

Sumber: Instagram