Pelakon Mimi Lana mengakui dia berasa sedih melihat kemelut peperangan yang berlaku melibatkan pejuang Hamas dari negara Palestin dan Israel.
Artikel Berkaitan: Gal Gadot Sokong Israel, Netizen Ungkit Gambar Meerqeen – ‘Dah Boleh Cancel Dia Ni’
Mimi titip doa
My heart aches to see the news all over my timeline. Semoga Allah sentiasa bersama Palestine, dan semoga mereka terus kuat disana. Amin YRA ????
— Mimi Lana (@missmimilana) October 8, 2023
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi X, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin mendedahkan hatinya hancur melihat kemelut yang berlaku ketika ini.
Pelakon ‘Seindah Kasih The Movie’ itu turut menitipkan doa agar kesemua rakyat di Palestin berada dalam keadaan yang selamat dan sejahtera serta terus kuat berdepan dengan ujian ini.
Hati saya hancur melihat berita-berita tersebut di ‘timeline’ saya.
Semoga Allah sentiasa bersama Palestin dan semoga mereka terus kuat disana, Aamiin.
Selain Mimi, antara selebriti yang turut bersimpati menyatakan solidariti buat rakyat di Palestin ialah penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza memaklumkan angka korban bagi rakyat Palestin yang terbunuh meningkat kepada 704 orang termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita.
Manakala angka bagi mereka yang tercedera meningkat kepada sekitar 4,000 orang.
Sumber: Aplikasi X, Berita Harian