Bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila Mohd Noor menitipkan ucapan hari jadi buat pelakon hebat itu menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Lain Kau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Kau Tak Boleh Marah’ – Sharnaaz Ahmad
Selamat hari jadi Sharnaaz
Menerusi hantaran tersebut, Noor Nabila, 39, mendoakan agar Sharnaaz dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Apa yang mencuri perhatian, Nabila turut berharap agar pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Polis Evo 3’ itu cepat bertemu jodoh memandangkan anak mereka, Jebat Jayden tidak sabar untuk menjadi seorang abang.
Selamat hari jadi Sharnaaz, saya doakan tahun ini adalah lebih baik dan lebih indah untuk awak.
Saya doakan juga awak dipanjangkan umur, sihat walafiat, berbahagia sentiasa dan semoga cepat kahwin baru sebab Jayden tak sabar nak jadi abang.
Di akhir hantaran, kakak kepada Neelofa turut menitipkan ucapan terima kasih buat Sharnaaz kerana telah menjadi bapa terbaik buat Jebat dan juga seorang sahabat baik buatnya.
Terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang terbaik buat Jebat Jayden yang sanggup lakukan apa saja untuk dia.
Terima kasih juga kerana awak menjadi seorang sahabat yang baik buat saya sejak perkenalan kita.
Untuk rekod, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum memilih untuk bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram Story Noor Nabila