Minggu ini, selebriti sensasi Neelofa diduga apabila netizen berani mati berkongsi foto ‘curi’ Muhammad Bilal selain tergamak sunting sehinggakan menjadi bahan ejekan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Athisha Khan Berang Netizen Tak Hormat Privasi Neelofa – ‘Dia Cuma Minta Satu Perkara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Rasa jijik
Sebagai seorang ibu, pelakon Izara Aishah meluahkan rasa bengang dengan perbuatan terkutuk itu.
Menerusi ciapan di Twitter, Izara, 30, mengakui berasa jijik dengan individu yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada bayi kecil yang tidak berdosa.
Dengan bayi nak busuk hati
Luahan marah itu mendapat sokongan daripada peminat yang kesal dengan sikap ‘keyboard warrior.’
Selain itu, ada juga warganet yang meminta Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin untuk bersabar dan mengawal emosi.
Selepas tular foto Bilal yang dirakam secara curi-curi pada Isnin, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya berkongsi foto penuh Bilal di Instagram, semalam.
Sumber: Twitter @IzaraAishah