Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai baju melayu ketat yang dipakai oleh sekumpulan individu. Berikutan daripada itu, pelakon, Azhan Rani tampil bersuara dan mengatakan bahawa dia tidak berminat untuk menerima kunjungan daripada mereka yang memakai baju ketat tersebut ketika Hari Raya nanti.
Jangan singgah rumah aku
Semoga spesis baju melayu ketat-ketat ni jangan singgah rumah aku raya ni atau pastikan berada sekurang-kurangnya dalam radius 10km dari rumah aku.
Menurut Azhan Rani, dia berharap individu yang memakai baju ketat pada Hari Raya nanti akan berada sekurang-kurangnya 10km jauh daripada rumahnya.
Menerusi posting yang dimuat naik, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur. Ujar netizen, mereka tidak tahu sama individu berkenaan mahu pergi beraya atau snorkeling pada hari tersebut.
Sumber: Azhan Rani