
Pelajar perempuan yang bertindak menikam seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor baru-baru ini telah didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok pada pagi Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Difahamkan Mangsa Bukan Pembuli, Tapi Kami Juga Tak Salahkan Suspek’ – Ibu Saudara Pelajar Kes T*kaman
Suspek tikam pelajar
Memetik laporan Sinar Harian, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Maslinda Selamat, tiada pertuduhan direkodkan daripada tertuduh juvana tersebut.
Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa iaitu remaja tersebut perlu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Berdasarkan pertuduhan, pelajar terbabit didakwa mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa dengan menggunakan pisau sehingga mendatangkan kecederaan serius.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman 20 tahun penjara mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 10 Ogos ini.
Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, pelajar berusia 15 tahun dilaporkan ditikam antara 14 hingga 16 kali pada bahagian muka dan belakang badan sehingga menyebabkan kecederaan menembusi paru-paru.
Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disahkan peguamnya menghidap autisme telah direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan polis.
Sumber: Sinar Harian