![[VIDEO] ‘Saya Sangat Hargai’ – Bella Astillah Terharu Syed Saddiq Pakai Tali Leher Pemberiannya Setiap Kali Ke Mahkamah](https://asset.ohbulan.com/2026/07/bella-saddiq.jpg)
Selebriti popular Bella Astillah berkongsi tentang hadiah istimewa pemberiannya kepada tunang, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tarikh Kahwin Dah Ditetapkan Tapi Tak Boleh Beritahu Bila, Tak Terlalu Lama Dari Sekarang’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq & Bella Astillah Boleh Fokus Persiapan Kahwin Dengan Tenang
Tali leher pemberian Bella
Menerusi perkongsian di sesi siaran langsung di TikTok malam tadi, Bella berkata, dia baru sahaja menyedari bahawa Syed Saddiq memakai tali leher yang dihadiahkannya setiap kali menghadiri prosiding di mahkamah.
Menurut pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dia gembira apabila Syed Saddiq sangat menghargai pemberiannya.
Setiap kali YB pergi mahkamah, kalau awak semua perasan..cantik tak tali leher dia?
Sebenarnya saya pun tak perasan sebelum ini. Saya hargai sangat, sebab rupanya setiap kali pergi mahkamah awak pakai tali leher yang saya berikan.
Patutlah dia selalu tanya, ‘cantik tak tali leher?’. Barulah saya tengok balik video-video dan teringat saya beli di mana tali leher itu semua.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Muar itu dilihat hanya tersenyum dan mengusik Bella untuk mendedah lagi rahsia mereka.
Nampak tak? Dia sendiri lupa hadiah yang dibagi.
Saya tak merajuk, saya ‘chill’ saja.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis pada 28 Mac lalu.
Imbas kembali, Bella rumah tangga dengan aktor Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Sumber: TikTok Bella Astillah