berita

Sempat ‘Bergurau’ Nak Kahwin Lagi, Netizen Nampak Sera Kurang ‘Selesa’ Shuk Buat Surprise

February 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, pengacara dan juga pelawak terkenal, Shuk Sahar telah membuat satu lagi kejutan apabila melakukan Instagram live bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Artikel berkaitan: ‘Setinggi Mana Kita Terbang, Keluarga Sentiasa Jadi Tempat Untuk Kita Pulang’ – Shuk Sahar

Artikel berkaitan: Dituduh Terlampau ‘Mudah’ Maafkan Suami, Isteri Shuk Balas Kecaman Netizen

Artikel berkaitan: ‘Bukan Tak Terima Kenyataan’ – Muat Naik Foto Bersama ‘Geng Pagi Hot’, Shuk & Fizie Rindu Nak Masuk Konti

Shuk yang berada di dalam kereta dan lengkap memakai baju pengantin pada masa tersebut, telah meminta izin daripada isterinya untuk berkahwin. Biar betul?

Minta izin nak kahwin?

Terutama sekali Shuk nak ucap terima kasih bagi rezeki dekat keluarga Shuk. Shuk memang izinkan. No heart feeling. Shuk pun nak cakap dengan Sera. I nak minta izin. I nak minta izin untuk nak kahwin. Kau biar betul Shuk?

Menerusi live tersebut, Sera kelihatan terkejut sebaik sahaja mendengar permintaan Shuk untuk berkahwin. Namun begitu, kejutan tersebut berakhir apabila Shuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya semula. Lebih mencuri tumpuan, Shuk memakai baju pengantin serta membawa beberapa dulang hantaran buat isterinya. Kelibat beberapa individu bermain kompang turut dilihat dalam live tersebut.

Sebagai suami dan ayah, Shuk turut memberitahu bahawa semua yang berlaku sebelum ini merupakan kesalahan yang berpunca daripadanya. Oleh itu, sebagai manusia biasa, Shuk telah membuat permohonan maaf dan berharap isterinya itu memberi kemaafan buat dirinya. Shuk turut bersalaman dan memeluk isteri serta anaknya.

Nampak macam tak selesa

Rata-rata netizen berpendapat bahawa Sera berasa kurang selesa sewaktu kehadiran Shuk semasa sesi live sedang berlangsung. Malah, netizen mempunyai tanggapan bahawa apa yang dilakukan oleh Shuk itu adalah gimik semata-mata bagi mempromosikan produk mereka. Sehingga kini, pasangan tersebut belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung live tersebut.

Sumber: Rossa Sera

SKIP THIS AD ×