berita

‘Setinggi Mana Kita Terbang, Keluarga Sentiasa Jadi Tempat Untuk Kita Pulang’ – Shuk Sahar

February 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Selepas dilanda kontroversi dan dakwaan dirinya berlaku curang terhadap isteri, Shuk Sahar, akhirnya memuat naik beberapa video bersama anak-anaknya. Malah, Shuk turut mengaku bahawa semua perkara yang terjadi terhadap dirinya sekarang ini berpunca daripada kesilapan dan kesalahan dirinya sendiri.

Artikel berkaitan: ‘Sanggup Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan Saya’ – Shuk Mengaku Buat Silap

Artikel berkaitan: Terpalit Isu Curang, Shuk Digantung Tugas Penyampai Radio Hot FM

Terbaru, Shuk memuat naik foto isteri dan anak-anaknya di akaun Instagram miliknya. Lebih mencuri tumpuan, kapsyen yang ditulisnya itu seolah memberi gambaran bahawa dia bakal ‘pulang’ ke pangkuan keluarganya semula.

Keluarga jadi tempat untuk kita pulang

Setinggi mana pun kita terbang, keluarga akan sentiasa menjadi tempat untuk kita pulang. Siapa kita untuk menjadi yang terlalu sempurna. Tapi tak salah kalau kita mencuba untuk keluarga dan kebahagiaan semula.

Menerusi kapsyen Shuk, dia dipercayai bakal pulang semula ke pangkuan isteri dan anak-anaknya setelah kontroversi yang melanda baru-baru ini. Tambahnya, tiada manusia di dalam dunia ini terlalu sempurna apatah lagi dirinya. Oleh itu, dia menyatakan perasaan tidak salah sekiranya dia mahu mencuba dan mencari kebahagian semula bersama keluarga tercinta.

Jumpa anak sekali lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ?? ????????? (@shuk_hotfm)

Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi guys. Nanti lepas pkp kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ni tak dapat nak jalan sebab pkp. Sebenarnya rindu sangat dekat keluarga dan anak-anak saya ni. Bila dapat jumpa macam ni pun dah ok sebenarnya. Harap korang dapat doakan kebahagian kami dan semoga semuanya kekal sampai ke syurga.

Terdahulu, Shuk memuat naik video pertemuan kali keduanya bersama anak-anak. Ujar Shuk, dia sangat rindu keluarga dan kedua-dua anaknya itu. Shuk turut memohon doa daripada netizen agar hubungannya bersama keluarga kekal buat selama-lamanya.

Sumber: Shuk Sahar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×