berita

‘Sempat Cium & Minta Maaf..’ – Suami Bunuh Isteri Dengan Sabit, Lap Darah Sebelum Larikan Diri!

December 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Hanya disebabkan berlakunya salah faham, seorang suami tergamak membunuh si isteri menggunakan sabit. Tetapi apa yang lebih menyedihkan apabila suspek kemudian mencium dan memohon maaf terhadap jenazah si isterinya.

Mangsa pukul suspek dahulu

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribunnews, penemuan mayat Buni hanya disedari oleh bapa saudara dan kakak mangsa yang telah datang ke rumah pasangan suami isteri ini yang terletak di Indonesia. Mereka melihat keadaan rumah itu kelihatan kosong seperti tidak berpenghuni.

Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku, kakak mangsa telah meminta bapa saudaranya untuk membukakan pintu rumah terbabit. Tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa sudah terbaring tidak bernyawa. Menurut sumber, suspek yang dikenali dengan sana Solihin telah melarikan diri selepas membunuh si isteri, Buni.

Berlaku salah faham

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lanjut mengenai itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas suspek mengetahui bahawa kakak iparnya ingin menikah secara siri iaitu bernikah tanpa berdaftar di pejabat agama. Dia kemudian meluahkan rasa kurang senang dengan keputusan tersebut dan memberitahu kepada si isteri supaya kakak iparnya itu menikah secara sah.

Cadangan suspek walau bagaimanapun membuatkan mangsa berang dan bertindak memukul suspek sehingga dia pengsan. Namun, tidak lama selepas itu, suspek telah kembali sedar. Tetapi lain pula yang jadinya apabila pasangan suami isteri ini kembali bertengkar dan memukul antara satu sama lain.

Tidak dapat menahan emosi, suspek kemudian mengambil sabit yang berada di bawah meja sebelum memukul kepala isterinya. Si isteri yang mengalami kecederaan pada ketika itu sempat melarikan diri tetapi malangnya suspek berjaya mengejar dan menyabit kepala mangsa sebanyak tiga kali.

Suspek larikan diri

Tidak cukup dengan itu, suspek memukul mangsa. Susulan daripada insiden itu, mangsa telah meraung kesakitan dan terbaring di dalam bilik. Namun, tidak lama kemudian mangsa didapati sudah tidak bernyawa,. Suspek yang menyedari kejadian itu mula berasa panik.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui suspek telah mencium dan memohon maaf kepada isterinya yang tidak bernyawa itu. Malah, suspek juga sempat membersihkan darah yang terdapat pada tubuh si isteri.

Pelaku sempat membersihkan darah mangsa. Kerana air di timba yang isinya perasan kain yang dipakai masa membersihkan darah di tubuh mangsa. Pelaku juga sempat minta maaf, cium jasad isterinya.

Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan mayat isterinya itu di rumah. Selepas menjalankan siasatan, pihak polis akhirnya berjaya memberkas suspek dan dia telah ditahan. Suspek walau bagaimanapun mendakwa pembunuhan tersebut tidak disengajakan. Sementara itu, pihak polis juga berjaya menemukan beberapa barang bukti termasuklah pisau, wang ringgit, baju yang dipenuhi dengan darah dan puntung rokok.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×