berita

‘Sempat Guna Mop Lap Kesan Darah’ – Ibu Maut Dihentak Anak Sendiri

July 4th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang ibu maut dihentak dengan objek keras selepas bergelut dengan anak lelakinya di sebuah rumah di Taman Warisan Indah, Kota Warisan, Sepang. Mangsa, Khalidah Mohd Darus merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek mempunyai masalah mental sejak lahir dan perlu mengambil ubat setiap hari untuk mengawal masalah dialami.

Suspek ada masalah mental sejak lahir

Menerusi laporan Harian Metro, ketika kejadian jam 8 malam semalam, mangsa berada bersama suspek di rumah manakala anak sulungnya di tempat kerja. Suaminya pula hanya pulang ke rumah itu pada hujung minggu kerana bekerja di Johor Bahru.

Suspek mempunyai masalah kesihatan mental sejak lahir dan perlu menjalani rawatan serta mengambil ubat setiap hari bagi mengawal masalah dialami.

Rawatan terbaru diambil oleh suspek kira kira dua minggu lalu dan suspek juga tidak menunjukkan sebarang masalah kerana sering dikawal oleh ahli keluarganya.

Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata lagi, mangsa dikatakan diserang oleh suspek sebelum berlaku pergelutan berdasarkan kesan darah yang ditemui di beberapa lokasi di tempat kejadian.

Kesan pergelutan terdapat pada dinding pintu masuk rumah, kesan darah di sofa serta kesan tompokan darah dalam bilik tidur bersebelahan dapur.

Suspek dipercayai sempat menggunakan mop untuk mengelap kesan darah apabila terdapat titisan air bercampur darah di dapur, bilik dan ruang tamu.

Tiada pergerakan atau kesan lain di tempat kejadian dan di tingkat satu dan dua rumah berkenaan.

Mangsa didapati mengalami kesan lebam pada kedua tangan, perut, patah gigi serta lebam pada bibir kesan dipercayai akibat hentakan kuat, manakala hidung mangsa juga disyaki patah selain mengalami luka kecil di dahi.

Setakat ini, tiada saksi bebas yang melihat kejadian dan pengadu hanya tiba di rumah berkenaan selepas kejadian lalu terus menghubungi abang tirinya dalam keadaan cemas sebelum menghubungi Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk memaklumkan kejadian.

Ketika siasatan dilakukan di tempat kejadian didapati tiada sebarang kesan tikaman terhadap mangsa. Walaubagaimanapun, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×