Pemergian ahli keluarga buat selama-lamanya dalam hidup merupakan satu momen yang sangat sedih dan perasaannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Itu lah perasaan yang dialami oleh Atinsyu_ sekeluarga selepas kehilangan dua insan tercinta.
Cinta hingga hujung nyawa
Menerusi perkongsian di Twitter, Atin menyifatkan arwah datuk dan neneknya merupakan cinta hingga hujung nyawa kerana kedua-dua arwah telah berkongsi hari lahir yang sama iaitu 4 Februari dan telah menghembuskan nafas terakhir juga pada tarikh yang sama iaitu 3 November 2020.
Menurut sumber daripada Kosmo, arwah neneknya yang dikenali dengan nama Wan Zainun Wan Chik telah meninggal dunia akibat barah usus. Namun dalam tempoh 15 jam kemudian, arwah datuknya iaitu Wan Yahya Wan Husein pula telah menghembuskan nafas terakhir.
‘Atuk sempat jumpa nenek’
Menceritakan kembali kisah itu, Atin memaklumkan arwah neneknya seorang wanita dan isteri yang sangat kuat dan bertanggungjawab. Arwah tidak pernah mengeluh apabila perlu menjaga suaminya yang terlantar sakit malah walaupun sedang menderita, arwah sangat tabah dan saling menjaga antara satu sama lain.
Menurut Atin, arwah datuknya itu sempat bertemu dengan si isteri (nenek) buat kali terakhir sebelum si isteri pergi buat selama-lamanya. Namun siapa sangka, pada malam hari, dia pula menyusul ‘pergi’ menemani isteri tersayang.
Segala urusan dipermudahkan
Kenangan gambar arwah atuk dan nenek
‘Terima kasih atas doa dan bantuan’
Sementara itu, Atin meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti-henti memberi kata semangat, segala bantuan serta doa buat mereka sekeluarga.