berita

Sempat Lepak, Makan & Tidur, Penganggur Didenda RM3,000 Ceroboh Rumah Nabil Ahmad

August 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

penceroboh rumah nabil

Gara-gara menceroboh kediaman pengacara dan penyampai radio popular, Nabil Ahmad, seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Artis Buka Tudung, Ini Pendapat Nabil – ‘Doakan Sahaja Mereka Berubah, Jangan Menghakimi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Boleh Biar Allah Bantu Dia Istiqamah’ – Nabil Ahmad Gembira Anak Sulung Pakai Tudung

Mengaku bersalah

mahkamah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh iaitu Fazril Aqmal Abdul Anif melakukan perbuatan tersebut pada 4 Januari tahun lalu di Kampung Senama Tengah kira-kira jam 7.50 malam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh masuk ke dalam rumah berkenaan dengan menolak pintu. Lelaki itu malah sempat makan, berehat dan tidur di kediaman Nabil.

Susulan itu, adik pengacara tersebut yang ditugaskan menjaga rumah mereka bergegas untuk memeriksa kediaman berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat sehelai baju t-shirt, tiga helai seluar tracksuit dan sepasang kasut serta MyKad milik tertuduh ditemui.

Fazril kemudian didapati bersalah mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh menerima hukuman mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Dalam pada itu, jika tertuduh gagal membayar denda, mahkamah turut memerintahkannya untuk dipenjara selama 10 bulan.

Kes dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro,Berita Harian

SKIP THIS AD ×