berita

[VIDEO] Isu Artis Buka Tudung, Ini Pendapat Nabil – ‘Doakan Sahaja Mereka Berubah, Jangan Menghakimi’

August 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nabil Respon Isu Artis Buka Tudung

Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat beberapa orang artis mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab sekaligus menjadi perbualan wargamaya di media sosial.

Susulan itu, pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad dilihat tidak bersetuju dengan sikap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata hinaan terhadap kesalahan yang dilakukan itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Boleh Biar Allah Bantu Dia Istiqamah’ – Nabil Ahmad Gembira Anak Sulung Pakai Tudung

‘Jangan cemuh mereka’

Nabil Respon Isu Artis Buka Tudung

Ketika ditemui OhBulan!, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 39, berkata setiap manusia itu mempunyai ujian dan cabaran hidup masing-masing.

Justeru itu, tidak wajar untuk dicemuh serta dihina mereka yang melakukan kesilapan.

Kita semua ada ujian dan dugaan masing-masing. Iman ni dia bukan setakat naik turun, iman ni kadang-kadang dia terkeluar. Terkeluar dan masuk balik.

Jadi, kepada yang diuji tu kita jangan cemuh dia, kita jangan cakap, ‘Apalah itu hari pakai, lepastu kejap tak pakai’. Kita takkan pernah tahu apa yang mereka alami.

Mak kita yang bertelekung pun Allah boleh uji, jangan main-main.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media sambutan ‘ERA 25 Tahun’ yang diadakan di Sky Lounge NU Sentral pada Jumaat.

Tambah pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu lagi, dia berdoa pada Allah agar tidak menjadi seorang yang suka untuk menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Saya minta Allah jauhkan saya jadi orang yang suka cakap macam, ‘Ish apalah kejap pakai, kejap tak pakai’.

Kita ni kalau Allah nak uji tiba-tiba tukar jantina pun boleh. Jangan cakap pasal benda-benda ni (menghukum orang) sebab bila ujian tu sampai pun kita tak tahu, jadi janganlah main-main.

Doa yang terbaik

Nabil Respon Isu Artis Buka Tudung

Dalam pada itu, ayah kepada tiga orang anak itu berpesan kepada semua agar sentiasa menjaga percakapan dan sentiasa mendoakan mereka yang melakukan kesilapan berubah ke arah kebaikan dan jalan yang diredai Allah.

Saya tekankan kepada orang yang suka judgemental, janganlah begitu.

Saya ada tiga anak perempuan, termasuk isteri saya jadi empat. Saya mak ada lagi, mak mentua ada lagi dan kita tak tahu apa ujian yang mereka kena lalui. Jadi, kita jaga percakapan kita, kita jaga mulut kita, don’t be too judgemental. 

Kita doakan yang mana kita nampak (buat silap) tu, kita cakap, ‘Ya Allah, Kau bagi dia ketenangan jiwa, Kau bagi dia hidayah untuk pakai balik tudung dan tutup aurat dia’.

Itu yang sepatutnya kita lontarkan.

Semoga apa yang disampaikan Nabil ni dijadikan iktibar dan pengajaran buat semua yang membaca. Janganlah menegur sampai menghukum.

SKIP THIS AD ×