Sudah 10 hari bergelar ibu, selebriti popular Neelofa sedang mengecapi proses berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Artikel Berkaitan: Tengah Sarat Hamil, Peminat Puji Neelofa Masih Ligat Bekerja – ‘Rajin Berjalan Senang Bersalin Nanti’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Suka Suplemen, Mengidam Nasi Lemak Setiap Hari’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Muhammad Bilal ‘Pengarang Jantung’ Neelofa & Suami
Takut false alarm
View this post on Instagram
Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa, 33, menyatakan dia tidak dapat membezakan sakit kontraksi dengan senggugut kerana kesakitan yang dirasai hampir sama.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu ketika itu dia masih tidak percaya akan bersalin biarpun sudah dimasukkan ke ‘labour room’.
Masa ni macam tak percaya dan tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni. Sebab macam lebih kurang senggugut ja.
Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and I was like.. Yeke sayang? Kot false alarm. Jadi saya mula record setiap kali sakit.
So by 1 am saya dah terbaring di labour room. Masih clueless, ‘betul ke dah nak beranak ni?’
Pak ustaz (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm (bukaan). Teman suami makan sarapan, masa ni dah lebih 8 jam layan kontraksi.
Selamat melahirkan Bilal pada pukul 3.44 petang, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab yang setia menemaninya.
Dan 6 jam kemudiam, jam 3.44 pm, Allah mudahkan segalanya dah Bilal dilahirkan dengan selamat. Terima kasih suamiku, sentiasa ada di sisi.
Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi itu antara hari-hari terindah bersama suami sepanjang berkahwin.
Dua jam sebelum kontraksi
Selain itu, bekas hos program MeleTOP ini memberitahu laksa Johor adalah makanan terakhir yang sempat dijamah sebelum dia berpantang.
Terdahulu, tiga hari selepas bersalin, Neelofa berkongsi berita gembira yang dia selamat melahirkan anak sulung pada 29 Januari di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @neelofa