Rata-rata wanita hamil pasti ada menempuh fasa mengidam, sama juga halnya dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa.
Artikel Berkaitan: Tengah Sarat Hamil, Peminat Puji Neelofa Masih Ligat Bekerja – ‘Rajin Berjalan Senang Bersalin Nanti’
Artikel Berkaitan: Nak Bersalin Secara Normal, Neelofa Menghitung Hari – ‘Minta Doakan Semoga Segalanya Dipermudahkan’
Nasi lemak setiap hari
View this post on Instagram
Sedang menghitung hari untuk bersalin, Neelofa, 33, mendedahkan pernah mengidam untuk makan nasi lemak setiap hari pada trimester pertama dan kedua.
Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.
Pada awalnya, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari. Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari.
Neelofa berkongsi perkara tersebut ketika siaran langsung Instagram (IG) bersama penyanyi, Ernie Zakri, baru-baru ini.
Cerita pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, makanan pertama yang dibeli setiap pagi adalah nasi lemak namun terhenti ketika memasuki trimester ketiga.
Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya.
Tak boleh makan suplemen
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz memberitahu perubahan ketara sepanjang kehamilan adalah dia tidak suka mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatannya.
Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh.
Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil.
Baru-baru ini, Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan. Namun, dia enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @naelofar