Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Zahura Abdul Mutalib yang telah meninggal dunia pada 4 Disember tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Kongsi Momen Azal Mengamuk, Kecewa Perempuan ‘Block’ Akaun Instagram – ‘Dia Tak Kenal Saya’
Artikel Berkaitan: Niat Nak Berjimat Tak Kesampaian, Masakan Zarina Zainuddin Tak Lepas Dibawa Masuk Ke Jepun
Rindu arwah mak
Mengimbau kembali momen manis bersama, Zarina berkata, dia tidak berasa puas meluangkan masa bersama ibu tercinta sepanjang hayat arwah masih ada.
Saya rindu mak. Bila mak tengah mood baik dia panggil saya permata delima, bila mak marah dia panggil saya si tanggang moden.
Walau saya sempat jumpa minta maaf dan berpelukkan dengan mak seminggu sebelum dia pergi, tapi rasa tak puas habiskan masa dengan mak.
Sesungguhnya saya betul-betul rindu mak walau kami selalu gaduh dan bertekak, tapi saya cepat-cepat mintak maaf.
Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram berserta sepotong video memaparkan jenazah arwah ibunya.
Jangan dendam
Menerusi perkongsian sama, Zarina turut menasihati orang ramai agar menghargai ibu bapa mereka selagi diberi kesempatan.
Korang ada mak ayah, call mak ayah sekarang tanya khabar. Belikan apa-apa yang mereka mahu atau bawak pegi jalan-jalan.
Gaduh-gaduh, kecil hati antara keluarga, adik-beradik itu biasa. Tapi dengan mak ayah tak payah simpan dendam. Nanti yang rugi diri sendiri juga.
Buanglah dendam itu, kita tak lama lagi nak masuk ramadhan . Semoga kita dapat berkumpul semula. Al-fatihah buat arwah mak, Zahura.
Sumber: Instagram