berita

Sempat Peluk Rakan Sebelum Terpelanting, Peluncur Olimpik Mati Dipanah Petir

March 24th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang peluncur profesional disahkan meninggal dunia selepas disambar petir ketika sedang berlatih untuk kejohanan sukan paling berprestij, Olimpik. Difahamkan, Katherine Diaz disambar petir selepas masuk ke dalam air untuk sesi latihan di Pantai El Tunco, El Savador.

Peluncur terbaik

It is with a heavy heart that the ISA has learned about the passing of El Salvador’s Katherine Diaz.

Katherine…

Posted by International Surfing Association on Saturday, March 20, 2021

Menurut International Surfing Association , kehilangan pemain berusia 22 tahun itu adalah sangat memberi kesan kepada orang ramai memandangkan sukan luncur air diminati ramai orang kerana rata-ratanya gembira melihat aksi lincah pemain muda tersebut.

Dia cemerlang di peringkat persaingan antarabangsa, mewakili negaranya dengan bangga pada kedua-dua Sukan Surfing Dunia ISA dan Kejuaraan Selancar Dunia Dunia ISA. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Katherine, peselancar di El Salvador.

Katherine Diaz  dilaporkan tampil dalam sesi pemilihan untuk melayakkan diri mewakili negaranya dalam Olimpik Tokyo. Menurut laporan, dia  sedang berenang ke kawasan khusus untuk meluncur kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum disambar petir.

Sempat peluk rakan sebelum mati

Menurut pakcik mendiang itu iaitu Beto Díaz, yang juga merupakan pelatih surfing, memberitahu bahawa ketika kejadian, anak saudaranya bersama berlatih bersama seorang rakan sebelum kilat menyambar.

Katherine hampir memeluk rakannya, dan begitu dia memeluknya, kami mendengar kilat. Kemudian rakannya terpelanting kerana kekuatan sinar kilat dan dia jatuh daripada papan selancarnya. Katherine mati serta-merta.

Rakan dan pengunjung pantai yang melihat kejadian itu kemudian membantu Diaz dan membawanya ke hospital. Bagaimanapun, News AU melaporkan mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Yamil Bukele iaitu presiden Institut Sukan Salvadoran dan saudara presiden negara itu, meratapi kehilangannya di Twitter.

Ini adalah kehilangan paling besar dalam arena sukan kita. Semua solidariti kami untuk seluruh keluarga mendiang. Sesungguhnya kami bersama anda merasa keperitan ini.

Sumber : Cbsnews

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×