berita

Sempat Sambut Hari Lahir Ke 80, Latiff Borgiba Disahkan Meninggal Dunia

December 14th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T. K. Gomu Kakah disahkan meninggal dunia petang tadi. Allahyarham meninggal di kediamannya sebentar tadi akibat sakit tua.

Berita itu disahkan oleh anak Allahyarham sendiri iaitu Ab Uzza Ab Latiff yang merupakan jurukamera di Astro Awani. Takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sudah lama sakit tua

Ayah sudah lama menghidap sakit tua. Bapa saya kelihatan stabil dan masih boleh berkomunikasi dengan anak-anaknya ketika kami datang melawat.

Menurut Ab Uzza, Allahyarham mengalami kekejangan pada awal Rabu. Anak-anak sempat datang melawatnya pada malam tadi di kediamannya. Arwah yang dilahirkan di Bangkok, Thailand, Latiff telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1946 meninggalkan seorang balu, Fatimah Leman dan 16 orang anak.

Hanya dipakaikan lampin

Sejak dua hari lepas arwah tak boleh bercakap. Makan pun tak boleh. Dia diberi minuman saja selain terpaksa dipakaikan lampin dalam tempoh itu

Dalam pada itu isterinya Fatimah berkata, keadaan Latiff agak kritikal sejak dua hari lalu dan tidak boleh makan sebaliknya hanya diberikan minuman.

Sepanjang hayatnya di dalam dunia seni, Allahyarham sangat sinonim dengan watak-watak antagonis dalam filem serta drama yang diterbitkan sejak 1960-an. Latiff yang dilahirkan di Bangkok, Thailand memperoleh nama ‘Borgiba’ selepas ia diberikan oleh pengarah filem dan pelakon S. Kadarisman pada hujung 1960-an.

Terdahulu anaknya, Dilla Borgiba turut berkongsi gambar Allahyarham di laman Instagram pada Khamis sempena ulang tahun ke-80 kelahiran ayahnya itu.

Sumber : Astro Awani, Mstar

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×