Setiap pasangan bercinta pasti mengimpikan ikatan kasih mereka disimpulkan dengan perkahwinan. Namun kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Luluh hati seorang wanita yang dikenali dengan nama Asha apabila bakal suaminya disahkan meninggal dunia 39 hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Arwah sempat sarung cincin kahwin
Kisah itu dikongsikan oleh Asha menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok. Siapa sangka, penantian Asha menunggu hari bahagia akhirnya bertukar duka apabila bakal suaminya, Mohamad Fauzie Bin Mohamad Shukri telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari lalu akibat kemalangan jalan raya.
Difahamkan, arwah sempat menyarung cincin perkahwinan mereka. Namun Allah SWT lebih menyayanginya, arwah dipercayai terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari rumah bakal keluarga mentuanya.
Awak datang rumah saya nak jumpa dengan ummi sebab nak try cincin kahwin. Tapi bila dah settle semua, awak balik untuk balik selamanya dan awak dah tepati janji awak untuk sayang saya sampai tutup usia awak.
Menurut Asha, segala persiapan perkahwinan mereka juga telah dibuat. Tak dinafikan, pemergian insan tersayang merupakan satu detik yang sangat perit dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Badan terasa lemah, mulut terkunci dan dunia seakan rasa gelap sekejap. Kita menghitung hari untuk membina masjid kita tapi tidak kesampaian. Allah lebih sayangkan awak, lagi 39 hari lagi kita nak menuju ke mahligai. Semua persiapan sudah kita buatkan.
‘Saya ikhlaskan pemergian awak’
@_ashacantikk 09/01/2022 al-fatihah untuk tunang saya ??? .. saya redha dengan segala ujian yang Allah berikan , saya ikhlas kan pemergian awak .. #fyp #xyzbca ? original sound – mfmimifiqah – M I P A N ?
Salam takziah
Video yang dikongsikan telah menerima 2.5 juta tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dan bersedih dengan situasi yang dilalui wanita ini. Dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar Asha diberi ketabahan dalam menghadapi kehidupan mendatang.
Sumber: _ashacantikk