berita

Sempat ‘Solat’ Tepi Tasik Sebelum Raba Wanita, Lelaki Warga Asing Kena Cekup! Rupanya..

February 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di Taman Tasik Cyberjaya. Video tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen. Difahamkan, lelaki tersebut dipercayai mengalami masalah mental.

Lelaki didakwa meraba, peluk

Berdasarkan video yang dikongsikan semula di akaun Twitter, Twt_Cyberjaya memaparkan seorang lelaki yang dipercayai merupakan warga Myanmar sedang terbaring di atas tanah di Taman Tasik Cyberjaya sambil dikelilingi oleh beberapa individu lain. Menurut sumber, lelaki berkenaan yang dikatakan mengalami masalah gangguan mental itu dipercayai telah meraba seorang wanita dan memeluk kanak-kanak perempuan di taman tersebut.

Perbuatan itu dipercayai disedari oleh seorang wanita sebelum dia bertindak menangkap lelaki berkenaan. Namun, tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki yang melalui kawasan itu telah turut menghulurkan bantuan. Difahamkan, lelaki terbabit telah dibawa ke balai polis dan IPD Sepang telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini.

‘That guy kejar saya masa tengah joging’

  

Menjengah ke ruangan komen, ada juga individu mendakwa melihat lelaki terbabit sedang mendirikan solat di tepi tasik tersebut. Tidak cukup dengan itu, ada juga dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman sama apabila melihat lelaki terbabit menjerit-jerit kawasan tasik sambil mengejar individu yang sedang berjoging.

Sumber: Twt_Cyberjaya

SKIP THIS AD ×