Kematian Rev Rivera yang hilang pada tahun 2006 terus menjadi misteri sehingga ke hari ini. Rey Rivera hilang tanpa jejak dan ditemui selepas enam hari kemudian di dalam syiling sebuah bilik di hotel Baltimore dipercayai jatuh dari ketinggian. Kronologi kes ini turut diceritakan semula dalam dokumentari ‘Unsolved Mysteries’ di Netflix.
Ingatkan bunuh diri
Dalam episod pertama Unsolved Mystery, Allison Rivera dan Rey baru berkahwin dan berpindah ke Baltimore setelah ditawarkan pekerjaan menulis buletin kewangan. Pada 16 Mei 2006, Allison meninggalkan Baltimore kerana urusan kerja. Suatu malam, Allison hubungi Rey tetapi panggilannya tidak dijawab. Allison kemudian terus menghubungi rakannya Claudia, yang menjaga rumahnya di Baltimore.
Claudia memaklumkan bahawa Rey keluar rumah tergesa gesa pada jam 6.30 petang selepas menerima panggilan dan itulah kali terakhir dia melihat Rey Rivera. Allison yang panik kembali ke rumah dan mula mencari Rey. Pada 22 Mei, kereta Rey ditemui di belakang sebuah bangunan berhampiran Belvedere Hotel. Tiket letak kereta menunjukkan bahawa kereta itu telah diparkir selama enam hari.
Tingkah laku pelik mangsa
Yang lebih peliknya ialah tingkah laku Rey sebelum mati kerana dia sempat meninggalkan sebuah nota panjang dan dijumpai keluarganya. Menurut stesen tempatan WBALTV, nota tersebut bukan catatan bunuh diri. Namun catatan itu seperti ditujukan kepada orang ramai mengenai suatu ‘permainan’ yang tidak tahu maksudnya. Dalam nota itu, Rey turut menamakan orang yang telah meninggal, termasuk pelakon Christopher Reeve dan pembuat filem Stanley Kubrick
Kononnya dalam nota tersebut turut diselit pemintaannya untuk menjadikan mereka dan dirinya lima tahun lebih muda. Ada mendakwa nota itu ada unsur-unsur Freemasons kerana nota itu dimulakan dan diakhiri dengan frasa yang digunakan dalam urutan Masonik. Lebih mengejutkan, seorang penonton di Netflix cuma memahami maksud nota itu yang ada berkait dengan filem ‘The Game’.
Saya menonton episod Rey Rivera di Netflix dan apa yang benar-benar menarik perhatian saya ialah nota yang ditulis Rey pada hari dia meninggal dan dia menyembunyikan nota itu di belakang komputer. Itu semua nama pelakon, petikan dari freemasons dan senarai filem.
Salah satu filem ini ialah The Game. Terdapat satu adegan besar di akhir filem di mana watak utama melompat dari bumbung. Hotel mewah dan melalui bumbung (kaca). Persamaan dengan Rey benar-benar mengejutkan. Keseluruhan filem ini adalah mengenai ‘permainan’ gila yang misteri. Rey mungkin terlibat dalam ‘sesuatu’ dan cuba meniru The Game.
Dalam pada itu, menurut abang kepada Rey, seminggu sebelum kehilangannya, dia menghabiskan masa membaca buku The Builders, sebuah kajian mengenai batu. Pada hari dia menghilang, Rivera pergi ke sebuah kedai buku dan membeli buku ‘Freemason for Dummies’.
Mangsa takut ketinggian
Pencarian diteruskan dan mayat Rey ditemui di sebuah lubang di bumbung Belvedere Hotel. Mayat mangsa reput dan dihantar ke hospital untuk dianalisa oleh doktor pakar forensik. Doktor mengesahkan banyak tulang mangsa patah dan tengkoraknya pecah. Ini kerana mangsa kena pukul dan tidak mungkin hanya kerana jatuh dari bangunan yang tinggi. Doktor pakar forensik membuat kesimpulan punca kematian mangsa sebagai ‘undetermined’. Terlalu banyak kecederaan pada tubuh badan mangsa dan ianya bukan disebabkan mangsa bunuh diri. Tiada bukti DNA orang lain di tempat kejadian. Panggilan telefon terakhir yang dijawab mangsa tidak dapat dikesan.
Kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri namun keluarga dan isterinya, Allison percaya bahawa dia dibunuh kerana dia menemui ‘sesuatu’. Lebih pelik, apabila polis mengesahkan dia melakukan lompatan dari bumbung tersebut namun cermin mata dan telefon mangsa tidak pecah dan masih berfungsi. Adakah ini bermaksud ada sesuatu yang berlaku pada mangsa?
Malah, video CCTV dari hotel itu juga tidak dapat dikesan kerana berlaku kesilapan teknikal. Keluarga Rey mengatakan bahawa mangsa mungkin mengalami tekanan emosi dan dalam ketakukan sehingga terjatuh ke atas bumbung tersebut. Tambahan lagi, dakwaan polis mengenai tuduhan bunuh diri tidak mungkin dibuat oleh Rey Rivera, yang takut akan ketinggian. Jadi apa punca kematian misteri Rey Rivera? Anda boleh menonton cerita penuh dalam program itu di Neftlix.
Sumber : Marieclaire, Balti, Radiotime