Detik indah bertukar menjadi tragedi hitam apabila dua remaja perempuan meninggal dunia akibat terjatuh dari ketinggian 30 meter di sebuah air terjun di Brasilia, Brazil. Mangsa merupakan Bruna Vellasquez, 18, dan rakannya Monique Medeiros 19.
Terjatuh sebab nak ‘selfie’
Foto: Mirror UK
Ketika kejadian, Bruna dan Monique sedang leka selfie sebelum mereka berdua terjatuh dari ketinggian 30 meter di sebuah air terjun.
Menurut laporan, pada mulanya hanya seorang yang tergelincir ketika berjalan di air terjun itu. Namun, seorang rakan yang ingin membantu mangsa turut menerima nasib sama setelah hilang imbangan badan dan turut terjatuh ke dalam sungai tersebut.
Bruna meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Monique meninggal dunia ketika menerima bantuan kecemasan daripada pasukan perubatan. Kini kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan di Santan Catarina, Brazil.
Sempat ‘upload’ di media sosial
Foto: Mirror UK
Bruna dan Monique juga sempat memuat naik gambar mereka berdua di media sosial sebelum tragedi hitam itu berlaku. Gambar tersebut merupakan foto terakhir mereka.
Lebih menyedihkan, Bruna bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 28 September ini. Rakan-rakan yang turut berada di tempat kejadian menyifatkan Bruna dan Monique tidak dapat dipisahkan apabila menemui ajal pada hari dan tempat yang sama.
Sumber: Mirror UK