berita

Sempena Aidilfitri, Hot FM & Molek FM Hasilkan 3 Lagu Raya Nyanyian Barisan DJ & Penyanyi Terkenal, Memang Gempak!

April 16th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Foto: Hot FM

Seperti raya-raya sebelum ini, Hot FM dengan kerjasama syarikat rakaman akan menghasilkan lagu raya nyanyian para penyampai serta rakan artis. Meriah lagi raya tahun ini, Molek FM juga turut serta menghasilkan dua buah lagu hasil kolaborasi bersama Nova Music Malaysia.

Hangat Beraya dengan Hot FM

Selepas lebih 2 tahun Malaysia berada dalam fasa Pandemik, kini negara berada pada fasa peralihan kepada Endemik yang pastinya bakal membuatkan Ramadan dan Aidilfitri 2022 lebih meriah daripada tahun-tahun sebelum ini.

Hot FM dan Molek FM tahun ini bawakan Marsha Milan, Naqiu, Hazama, Daniesh Suffian, Eddie Hamid, Rosalinda, Amir Masdi, Adira, Shila Amzah & SOG, Afieq Shazwan, Tajul, Nikki Palikat, Amylea, Luqman Faiz, Haiza & Fazli Zainal dan ramai lagi artis popular tanah air bagi mewarnai sambutan Aidilfitri.

Seperti selalu, tahun ini Hot FM tampil dengan lagu raya berjudul Hangat Beraya kolaborasi bersama Alternate Records & Talents. Hangat Beraya merupakan karya komposer dan penulis lirik terkenal Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Lagu yang dinyanyi oleh Fara Fauzana, AG, Fad, Marsha Milan, Ayu, Naqiu, Haziq, Riena Diana, Hazama, Imran Aqil dan Daniesh Suffian ini akan mula ke udara bermula 17 April 2022, pada Ramadan ke-15 serta boleh didengarkan di semua platform digital.

Moleklah Raya bersama Molek FM

Foto: Molek FM

Istimewa buat pendengar setia Molek FM, stesen Gu Pantai Timur ini bakal tampil dengan dua buah lagu raya berjudul Moleklah Beraya, ciptaan Eddie Hamid, nyanyian Eddie Hamid, Rosalinda, penampilan khas adik Akid serta penyampai radio Molek FM Mek Zura, Fizie dan Kamalia.

Dalam pada itu, lagu kedua iaitu Raya Raya, ciptaan Rudy Nastia dinyanyikan oleh Amir Masdi, Adira, DJ Nazz, Mat Dan serta Kai Hassan. Kedua-dua lagu hasil kolaborasi bersama Nova Music Malaysia ini juga bakal mula dimainkan bermula 17 April 2022, dan boleh didengari di semua platform digital.

Program istimewa Aidilfitri Hot FM & Molek FM

Foto: Hot FM

Antara program raya yang bakal menghangatkan suasana Aidilfitri nanti adalah Salam Aidilfitri Hot bersama penvampai Hot FM Ayu, Imran Agil dan Riena Diana di mana mereka akan menyampaikan ucapan raya pendengar secara live. Seterusnya program raya Hot FM yang diserikan dengan ucapan raya daripada rakyat Malaysia di perantauan menerusi #SeikhlasHatiHot.

Kemeriahan Aidilfitri diteruskan lagi dengan sesi Akustik Ray Hot FM bersama penyanyi terkenal antaranya Shila Amzah & SOG, Afieq Shazwan, Tajul, Nikki Palikat dan Amylea. Turut disajikan kepada pendengar, gelagat Fara Fauzana beraya bersama selebriti cilik dan viral adik Yaya, adik Haziq dan Alyssa Dezek menerusi Fara & Friends Beraya.

Dalam keceriaan Aidilfitri, Hot FM turut menyajikan program menyentuh hati ‘Belum Siap Kehilangan’ bersama AG dan Fad, di mana mereka menyelami perasaan rakan artis yang menyambut Aidilfitri tahun pertama tapa orang tersayang.

Istimewa but pendengar Molek Pagi bersama Mek Zura & Fizie, mereka akan menampilkan barisan artis bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri menerusi Rumah Terbuka Raya Molek. Program ini akan dimeriahkan dengan sesi bual bicara bersama artis jemputan berserta persembahan istimewa mereka.

Seterusnya program perkongsian pengalaman dan perjalanan ‘Mat Salleh’ menyambut Aidilfitri di Malaysia yang akan dikendalikan oleh Mat Dan bakal menemui pendengar menerusi program Mat Salleh Beraya yang turut menampilkan tetamu yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Rhys William & Aiman Nasir atau Aiman Wynne.

Berikutnya, Kai Hassan akan di cabar untuk ke udara dengan berpantun secara berterusan bersama pendengar atau artis jemputan menerusi program Pantun Molek. Program dedikasi raya, khas buat anak-anak pantai timur di perantauan bakal menemui pendengar menerusi Salam Rantau Molek.

SKIP THIS AD ×