Untuk pengetahuan korang, tahun ini telah menandakan 47 tahun tertubuhnya PETRONAS, syarikat minyak dan gas multinasional yang dekat di hati rakyat Malaysia!
Sepanjang 47 tahun yang lalu, sebenarnya pelbagai inovasi dan penambahbaikan telah dijalankan PETRONAS bagi memenuhi keperluan orang ramai selari dengan peredaran masa kerana mereka percaya dengan kuasa perubahan.
PETRONAS percaya bahawa tak semestinya kena lakukan perubahan besar untuk maju ke hadapan, asalkan dilakukan secara konsisten dan berani!
Macam video Berani Melangkah kat bawah ni!
8 perkara hebat hasil inovasi PETRONAS
1. Penyelidikan biodiversity untuk ‘rumah’ buat haiwan terancam serta flora dan fauna
Korang tahu tak Imbak Canyon adalah taman perlindungan untuk gajah borneo?
Dengan keluasan sehingga 30,000 hektar, Imbak Canyon adalah ‘rumah’ untuk pelbagai jenis hidupan liar serta flora dan fauna!
Di sini juga merupakan biological gene bank bagi proses pemeliharaan tumbuhan dan haiwan yang diancam kepupusan agar ianya dapat terus kekal membiak.
Dengan adanya biological gene bank secara tidak lansung telah mencipta peluang pekerjaan untuk penduduk di kawasan sekitar! Sekaligus, menjadi sumber rezeki untuk orang ramai!
2. Akses pelajaran yang lebih mudah
Berbeza dengan kehidupan di bandar, pelajar di kawasan pedalaman seperti di Paloh (Sarawak) dan Balambangan (Sabah) perlu berjalan selama 4 jam hanya untuk ke sekolah.
Oleh itu, PETRONAS mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai jenis kemudahan termasuklah tempat tinggal untuk mereka sepanjang sesi pembelajaran.
Semua ini adalah sebagai usaha supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan mempunyai akses yang mudah ke sekolah.
3. Dari Malaysia ke Silicon Valley
Inovasi merupakan tunjang utama kemajuan PETRONAS. Mereka mahu terus kedepan dengan melebarkan sayap ke dalam bidang lain seperti teknologi dan digital.
Bagi merealisasikan impian ini, PETRONAS mahu membantu syarikat teknologi startups dengan penganjuran program FutureTech yang menawarkan sesi mentor secara one-on-one, bengkel dan syarahan selama 12 minggu.
Ia dijalankan secara berterusan dan terbuka buat peserta tempatan serta antarabangsa. Lebih menarik lagi, pemenang bakal diberi peluang untuk ke Silicon Valley bagi menimba ilmu di sana.
PETRONAS memperuntukkan sekitar RM1.483 billion untuk melabur secara terus dalam syarikat teknologi startups dalam industri 4.0. Jadi, anak muda memang digalakkan untuk rebut peluang yang ada! Siapa tahu FutureTech dapat menjadi batu loncatan untuk korang kembangkan syarikat korang!
4. Dari mat moto ke mata dunia!
Sukan permotoran bukan sekadar hobi biasa , jika bakat yang ada diasah dengan betul pasti boleh berjaya!
Haa.. Inilah yang PETRONAS giat lakukan sejak awal perlumbaan Cub Prix dulu, bukan sahaja bergelar penaja utama kejuaraan tersebut sejak 2003, tapi mereka turut membantu membangunkan sukan ini dan melahirkan barisan pelumba cemerlang dari kalangan anak tempatan sendiri.
Dari 2003 bukan sekejap tau, sampaikan sekarang PETRONAS merupakan rakan kongsi acara sukan terlama sehingga 18 tahun!
Hasil kerjasama ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat hebat pelumba tempatan tetapi juga menandakan penglibatan PETRONAS dalam penghasilan minyak enjin berprestasi tinggi seperti PETRONAS Sprinta and PETRONAS Primax membuahkan hasil apabila ianya terbukti dapat memaksimum prestasi perlumbaan di atas litar.
5. Penggunaan hidrogen di masa depan
Tak ada petrol, tak ada masalah!
Yeass! Mungkin satu hari nanti kereta korang dah tak perlukan petrol lagi! Sebab sekarang PETRONAS dan UKM dah pun patenkan rekaan electrolyser mereka yang membolehkan penghasilkan hidrogen dengan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah berbanding petrol.
Senang cakap, harganya nanti jauh lebih mesra pelanggan! Yuhuu jimat duit!
6. Ada idea tapi tak tahu nak kembangkan perniagaan? SeedLab boleh tolong!
Berita baik untuk semua peniaga makanan yang berdepan kesukaran sebab tak ada dapur sendiri! Korang dah tak perlu pening kepala sebab sekarang dah ada Foodlab yang memberikan korang akses kepada dapur komersial dengan keluasan 650 kaki persegi berserta peralatan lengkap!
Foodlab adalah salah satu produk kelahiran SEEd.Lab hasil usaha sama PETRONAS and Tata Consultancy Services.
Tak hanya terhad kepada peniaga makanan, SEEd.Lab juga menawarkan bantuan dan bimbingan buat anak muda yang mempunyai idea untuk mengembangkan potensi peniagaan mereka. Tujuan utamanya adalah untuk membina semula ekonomi negara.
So tak kiralah apa pun perniagaan yang korang usahakan? Seed.Lab boleh tolong!
7. Semua boleh ‘Setel’
Kadang-kadang bila dah terlalu sibuk dan nak cepat kita sampai tak ada masa nak singgah beli kopi atau roti sekejap buat alas perut. Nak kena cari parking lagi, turun dan beratur di Kedai Mesra. Macam leceh pulak kan?
Memperkenalkan Deliver2Me! Korang hanya perlu duduk dalam kereta dan buat pembelian secara atas talian melalui aplikasi Setel. Kemudian barang-barang tersebut akan dihantar terus ke kereta sementara korang isi minyak. Cepat, mudah dan selamat!
Deliver2Me hanyalah salah satu daripada pelbagai fungsi aplikasi Setel tau, menerusi aplikasi yang sama macam-macam benda korang boleh buat. Antaranya pembayaran untuk isi minyak tanpa perlu turun kereta, tebus mata ganjaran mesra dan banyak lagi!
Boleh klik di SINI untuk lebih banyak info mengenai Setel. #WeSetelForYou #StaySaferWithSetel
8. Robot sebagai rakan kerja
Menjelang 2022, penggunaan robot kalis letupan secara komersial bakal diguna pakai di pelantar minyak bersama para jurutera dan juruteknik yang bekerja di kawasan berisiko tinggi.
Dinamakan sebagai ANYmal, robot tersebut hadir dengan kebolehan berautonomi untuk pengawasan dan pemeriksaan di sekitar kawasan berbahaya.
Hal ini secara tak langsung bukan sahaja menjamin keselamatan para pekerja. Malah, bakal memudahkan aliran kerja dan mengurangkan kos perbelanjaan.
Terus maju dengan pelbagai inovasi
Kami percaya inovasi PETRONAS tak hanya akan terhenti di sini, PETRONAS bakal terus memacu ke arah lebih baik dan melakar sejarah bersama rakyat Malaysia.
Kalau korang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang segala usaha yang dijalankan PETRONAS untuk masa depan yang lebih lestari, korang boleh lawati laman web rasmi mereka di SINI
Selamat menyambut ulang tahun ke 47, PETRONAS! :)