Pempengaruh media sosial Cik Epal memberitahu, dia tidak mahu merrujuk semula dengan bekas suaminya, Jofliam.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Enggan Beri Kenyataan Isu Pergolakan Rumah Tangga – ‘Saya Tak Mahu Mendahului Keputusan Mahkamah Syariah’
Artikel Berkaitan: Jofliam Dedah Masih Tinggal Serumah Dengan Cik Epal, Sempat ‘Shopping’ Sebelum Ke Milan – ‘Hadiah Dewi Pun Dia Yang Belikan’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Bangga Pernah Jadi Isteri Jofliam, Enggan Buka Aib Bekas Suami – ‘Sepanjang Perkahwinan, Dia Tak Curang’
Tak nak rujuk
Menerusi beberapa buah posting di Instagram Story, Cik Epal berkata, dia mahu berkahwin dengan orang lain sekiranya dikurniakan jodoh. Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia mahu seorang suami yang boleh menghargai dirinya.
Tak nak rujuk. Aku nak kahwin lain kalau ada jodoh lain. Kalau ada lelaki yang boleh hargai saya sebaiknya sebagai isteri. Saya onz.
Berikutan daripada kenyataan tersebut, seorang individu telah menghantar kiriman direct message (dm) kepada Cik Epal. Individu tersebut berharap Cik Epal menemui seorang lelaki yang lebih matang di masa hadapan.
Kiriman tersebut tidak henti di situ apabila Cik Epal menjawab sememangnya itulah ciri-ciri bakal suami yang dimahukannya.
Memang ciri-ciri ini yang saya harapkan untuk bakal suami kelak. Hati saya dah mati untuk duda saya. Saya nak move on.
Kena angkat kaki
Berbicara lebih lanjut, Cik Epal mengakui bahawa rumah tangganya baik sahaja sebelum bekas suaminya itu berangkat ke Milan.
Cuma dengan semua benda yang jadi dekat Milan tu saya rasa memang kena angkat kaki. Hati saya terus mati untuk rujuk dia balik. Jadi saya rasa memang tak boleh nak get back. Saya yakin dia akan jumpa perempuan sempurna yang dia nak selama ni. Saya tak sempurna dan banyak kekurangan. Saya hanya ikut flow sahaja. Saya nak perbaiki diri.
Hal jodoh saya serah kepada Allah. Kalau ada, ada. Kalau tiada, tiada. Saya hidup sorang pun okay sampai bila-bila. Jaga Han dan Yuki je.
Sumber: Cik Epal