berita

‘Semua Isteri Dapat Terima Perkahwinan Ketiga..’

July 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, viral kisah peraih getah berusia yang dikatakan berkahwin dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. Kisah ini mendapat kritikan ramai netizen yang mengkritik tindakan iman surau itu. Walau bagaimanapun lelaki tersebut menafikan dakwaan yang dibuat.

Terbaru, lelaki itu mengaku perkahwinan itu sudah didaftarkan khas dan hanya menunggu masa. Tambahan isteri-isterinya sudah memberi restu.

Menunggu untuk didaftarkan di negara ini

Saya sudah serahkan dokumen perkahwinan kepada Pejabat Agama Jajahan Gua Musang dan menunggu untuk didaftarkan di negara ini.

Pejabat agama akan berurusan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum perkahwinan saya dengan isteri ketiga yang juga warga negara Thailand dapat didaftar secara sah.

Menerusi Harian Metro, dia harap isu ini tidak lagi timbul dan mahu urusan perkahwinan dengan isteri ketiga itu selesai. Menurutnya lagi, isteri pertama dan kedua dapat menerima perkahwinan ketiganya apabila hubungannya dengan ketiga-tiga isteri dalam keadaan baik.

Rumah dan kereta setiap seorang

Alhamdulillah, semua isteri dapat menerima perkahwinan kami kerana saya berlaku adil kepada mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta setiap seorang.

Biasa la…. pada awal perkahwinan mesti ada sebelah pihak (isteri kedua) yang akan marah, namun kini kemarahannya sudah reda dan dia dapat menerima perkahwinan saya dengan isteri ketiga.

Menurutnya, sebagai suami dia memainkan peranan penting termasuk akan berlaku adil terhadap tiga isteri dan enam anak.

Perkahwinan di negara jiran itu mendapat perhatian ramai kerana tidak mendapat keizinan isteri pertama dan kedua serta tidak meminta kebenaran Mahkamah Syariah. Ekoran peristiwa itu, lelaki berkenaan didenda Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang sebanyak RM1,800 baru-baru ini kerana berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×