Pengarah dan pelakon berbakat, Azma Aizal atau lebih dikenali sebagai Isma Yusoof sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat. Selepas insiden memukul pelakon Ika Nabella, pengarah ini mendedahkan dia sebenarnya menghidap penyakit Bipolar Disorder.
Terbaru, Isma menerima teguran daripada netizen gara-gara memuat naik gambar kaki yang bertatu.
Bercuti di Langkawi
Rasa hidup bila bertatu
View this post on Instagram
My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap.
Selain memuat naik gambar berada di tepi pantai di Langkawi Kedah, Isma turut memuat naik foto lukisan seperti tatu di bahagian kakinya.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lukisan tersebut adalah tatu sebenar atau sekadar lukisan semata-mata.
Ditegur netizen
Tidak senang melihat perkara tersebut, netizen menegur dan mendoakan semoga pengarah berbakat ini segera berubah. Netizen turut menjelaskan memakai tatu adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.
Sumber : makcik_puaka , ishmaryarai