berita

‘Semua Kenyataan Adalah Palsu’ – Da’i Syed Nafi Tuduhan Rogol, Mahu Saman Fitnah Pengguna Twitter

November 26th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini heboh di Twitter, seorang gadis mendakwa salah seorang peserta program dakwah popular telah merogol rakannya sendiri. Susulan daripada tuduhan tersebut, Da’i Syed telah tampil ke pejabat polis bagi membuat laporan. Namun, pada ketika itu hanya bapanya sahaja yang memberikan respon mengenai apa yang terjadi kepada anaknya.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Guna Agama Sebagai Topeng …’ – Bapa Da’i Syed Tampil Buka Mulut

Terbaru, Da’i Syed menerusi laman sosialnya tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut.

Saya difitnah

Foto: Da’i Syed

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan olehnya, tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah individu di Twitter adalah fitnah semata-mata. Dia juga menafikan sekeras-kerasnya terlibat seperti apa yang ‘dikatakan’ oleh warganet. Jelasnya lagi, dia berasa sangat sedih dengan berita-berita palsu itu yang secara tidak langsung memberi kesan kepadanya.

Berikutan daripada tuduhan tersebut Syed telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Mutiara Damansara bagi melaporkan kejadian tersebut. Tambahnya lagi, dia sudah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan kepada individu-invidu yang terlibat menyebarkan ‘fitnah’ tersebut.

Ambil maklum dengan posting bapa

Foto: Seif Jamalullail

Syed turut sedia maklum akan posting bapanya di Facebook yang ‘seakan-akan’ memberi teguran ‘sinis’ kepadanya. Jelasnya, dia menerima segala teguran bapanya dengan hati yang terbuka. Selain itu, Syed turut meminta individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut supaya memadam segala posting terbabit dengan kadar yang segera.

Tambahnya lagi, dia meminta individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memperbetulkan keadaan yang semakin keruh. Jika mereka enggan berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil bagi menuntut keadilan bagi pihaknya.

Kenyataan rasmi

Sumber: Da’i Syed

SKIP THIS AD ×