berita

Semua Kes Tuntutan Syamsul & Sarah Selesai, Termasuk Saman Ira Kazar

June 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kemelut rumah tangga antara pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Doa Puteri Sarah Jumpa Jodoh Dengan Lelaki Baik

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Kuat, Kering Air Mata

Saman Ira Kazar selesai

Susulan itu, peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar juga telah selesai.

Bagaimanapun kata Azmi, maklumat terperinci mengenai isu saman tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

Penyelesaian secara global (menyeluruh). Tiada dakwa-dakwa lagi antara kedua-dua belah pihak maknanya perjanjian (penyelesaian) menyeluruh, ya termasuk sivil.

Azmi berkata demikian ketika ditemui usai prosiding lafaz cerai Syamsul dan Puteri Sarah yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut.

Mengenai kes (saman) dengan dia pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut.

Dalam masa sama, peguam syarie mewakili aktres tersebut iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir kemudian memaklumkan, pihaknya masih belum boleh berkongsi lanjut mengenai perkara berkenaan.

Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan usulkan mengenai perkara itu.

Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit).

Terdahulu kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.

Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

SKIP THIS AD ×