berita

[VIDEO] Syamsul Doa Puteri Sarah Jumpa Jodoh Dengan Lelaki Baik

June 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof akan terus mendoakan kebahagiaan bekas isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana sekiranya bertemu jodoh kelak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Kuat, Kering Air Mata

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Reda Berpisah, Demi Masa Depan Anak-Anak

Sarah bertemu jodoh

Ketika ditemui Oh Bulan!, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, Puteri Sarah layak untuk hidup bahagia dengan mana-mana lelaki pilihannya.

Sekiranya Sarah nanti berkahwin dengan mana-mana lelaki, saya tetap akan mendoakan dia.

Saya mahu melihat seorang lelaki yang baik untuk dia supaya dia merasa bahagia.

Kalau anak-anak bersama ayah baru mereka, saya kena terima dan begitu juga dengan Sarah.

Syamsul berkata demikian usai prosiding pengesahan lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sementara itu, ketika diminta Puteri Sarah untuk mengulas mengenai doa bekas suaminya itu, aktres berkenaan hanya membalas “saya aminkan sahaja”.

Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.

Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Video

@ohbulanofficial Replying to @Hanna_Anna Soalan panas ea ?? Tapi ingat.. Puteri Sarah tetap menjadi ibu kepada anak-anak mereka ??#ohbulan #news #PuteriSarah #SyamsulYusof ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×