Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob melaporkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Permulihan, pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan kesemua masjid dan surau beroperasi seperti biasa namun atas beberapa syarat dan SOP ditetapkan.
Benarkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan
Kita bersetuju untuk membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan kecuali di zon zon merah. Walau bagaimanapun SOP nya tetap sama iaitu 1/3 kapasiti sebenar dari jumlah sebenar.
Menteri Perpaduan Negara membentangkan beberapa cadangan tentang rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini kapasiti ditetapkan hanya 30 orang dan hari tertentu sahaja seperi hari minggu. Namun hari ini, pihak kerajaan bersetuju untuk membuka rumah ibadat bukan Islam beroperasi di seluruh negara pada hari seperti biasa namun kehadiran tetap 1/3 dari jumlah sebenar. Kebenaran ini diberikan secara umum namun kerajaan negeri perlu memberikan kebenaran.
Saringan swab test di lapangan terbang
Mesyuarat telah berbincang, saringan swab test di lapangan terbang mempunyai beberapa masalah. Terdapat isu tempoh waktu menunggu yang lama. Bimbang rakyat kita terpaksa dihantar pusat-pusat kuarantin bagi menunggu keputusan.
Oleh itu, sebagai pilihan kepada rakyat kita yang ingin pulang untuk tidak menunggu lama di lapangan terbang. Mereka disarankan untuk buat ujian saringan di luar negara 3 hari sebelum mereka pulang dan mendapat sijil pengesahan.
Selain dari memudahkan orang ramai, ianya masih tertakluk pada SOP yang ditetapkan. Mereka tidak boleh keluar rumah kerana mereka akan disaring kali kedua. Walau bagaimanapun, buat mereka yang tidak disaring di luar negara. Mereka terpaksa tunggu lebih mana atau terpaksa dihantar ke pusat kuarantin.
Sumber : Buletin TV3