berita

‘Semua Ni Saja Cari Penyakit, Jangan Ada Kluster Baru Sudah!’

April 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti setiap individu mula mencari persiapan masing-masing.

Terbaru, viral beberapa foto di Facebook mengenai keadaan semasa apabila orang awam mula bersesak-sesak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Bangi.

Ramainya, mana SOP?

Menerusi foto tersebut, kelihatan orang ramai sedang berpusu-pusu memilih pakaian yang dipercayai dijual di kedua-dua kawasan berkenaan. Tidak kurang juga ada yang turut membawa anak kecil mereka bersama. Lebih membimbangkan, ada segelintir daripada netizen didakwa tidak menghiraukan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, tidak beratur dan berhimpit-himpit semasa hendak membeli sesuatu barang.

Saja cari penyakit

Semua ni saja cari penyakit.

Jangan pula wujud klsuter baru nanti sebab semua pergi beli belah.

Dah dapat beli barang persiapan raya, macam ni pula jadinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula menegur dan menasihati antara satu sama lain supaya masing-masing menjaga jarak ketika hendak membeli belah. Tambah netizen, jumlah kes Covid-19 mampu menurun sekiranya semua pihak memainkan peranan dan mematuhi arahan KKM.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×