Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz memuat naik sebuah posting sedang mencari klinik yang membuat rawatan pembuangan tatu di sekitar Kuala Lumpur.
Korang tahu tak dekat mana?
Menerusi posting tersebut, Aliff bertanya kepada pengikutnya mengenai klinik yang boleh membuang tatu. Sekiranya ada dalam kalangan pengikutnya yang mengetahui mengenai klinik tersebut, mereka diminta untuk ‘dm’ Aliff sendiri. Aliff turut berterima kasih kepada mereka yang sudi memberikan cadangan.
Menerusi laporan Astro Gempak, Aliff tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai niat untuk membuang tatu di badannya. Tambahnya, dia sedang berusaha ke arah menjadi umat Islam yang lebih baik
Semua orang tahu kesilapan saya
Semua orang tahu kesilapan saya. Macam-macam yang terjadi. Saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu. Saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.
Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) itu memudaratkan, tak perlu. Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain ataupun nak buktikan kepada sesiapa. Di penghujungnya nanti, kalau kita buat secara ikhlas sudah pasti kita akan rasa nikmat keikhlasan tersebut.
Terdahulu, Aliff pernah terpalit dengan kontroversi curang, bergaduh dan bercerai dengan isterinya iaitu Bella Astillah. Namun, pasangan tersebut sudah kembali rujuk dan tinggal bersama.
Sumber: Aliff Aziz & Astro Gempak