Korang nak tahu tak? Maybank telah mengumumkan bahawa mereka telah berpindah ke Secure2u untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil dan transaksi DuitNow, FPX dan IBG. Tujuannya bagi mengukuhkan lagi ekosistem perbankan dalam talian serta melindungi pelanggan.
Kalau dulu, korang hanya perlu gunakan kata laluan sekali saja menerusi sistem pesanan ringkas (SMS OTP). Namun, sekarang Maybank sangat komited untuk utamakan keselamatan pelanggannya dengan memberi kaedah pengesahan yang lebih selamat seperti Secure2u.
Korang dengan mudah saja boleh meluluskan transaksi yang dilakukan di laman sesawang Maybank2u, Aplikasi Maybank2u dan Aplikasi MAE melalui Secure2u di Aplikasi MAE.
Jadi korang kena cepat-cepat muat turun aplikasi MAE untuk mengelakkan sebarang gangguan. Barulah korang boleh luluskan semua urus niaga dan akitiviti perbankan dalam talian dengan mudah serta selamat tanpa rasa risau lagi!
Tips untuk melindungi maklumat bank talian korang!
Meh min kongsikan beberapa tips yang korang boleh amalkan untuk sentiasa melindungi maklumat perbankan dalam talian. Antaranya ialah:
- Elakkan memasang/memuat turun aplikasi/fail Android Package Kit (APK) dan berwaspada jika diminta untuk memuat turun fail yang tidak serasi dengan peranti yang digunakan, contohnya peranti Apple diminta untuk memuat turun fail APK.
- Elakkan mengklik pautan mencurigakan yang dihantar melalui aplikasi pesanan seperti SMS, WhatsApp, Messenger atau perkhidmatan serupa yang lain.
- Jangan beri kebenaran kepada mana-mana aplikasi untuk menghantar atau melihat SMS.
- Jangan masukkan butiran perbankan dalam talian korang dalam mana-mana aplikasi atau laman web yang mencurigakan.
- Hanya muat turun aplikasi dari gedung aplikasi asli seperti Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery dan bukan dari pautan.
- Sentiasa periksa imej dan frasa keselamatan perbankan dalam talian peribadi korang (contohnya, imej dan frasa keselamatan Maybank2u) untuk memastikan laman web dan aplikasi adalah sah.
- Jangan “root” atau “jailbreak” peranti korang.
- Kemaskini sistem pengendalian (OS) dan aplikasi peranti korang secara berkala.
Pelancaran kempen “More Secure, More Discounts” untuk menikmati pelbagai pelan ansuran!
Dengan pelancaran kempen “More Secure, More Discounts”, korang boleh nikmati pelan ansuran Maybank EzyPay dengan kadar faedah 0% dan diskaun sehingga RM158 saja tau!
Tapi korang mesti membeli peranti OPPO yang terpilih saja, termasuk model 5G yang baru seperti OPPO Reno8T, dengan menggunakan Kad Maybank sahaja. Senang je kan!
Hanya sehingga 31 Julai 2023, korang boleh membeli peranti pilihan korang pada harga diskaun di mana-mana Kedai OPPO, cawangan Harvey Norman dan Senheng di seluruh negara.
Jadi tunggu apa lagi? muat turun aplikasi MAE korang sekarang di laman web Maybank2u atau taip masuk aplikasi MAE di Apple AppStore atau Google PlayStore.