berita

Semua Perlu Bertolak Ansur – Isu Pukul Lepas Solat Jumaat, Polis Tahan 4 Lelaki Terlibat

May 6th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

viralhon

Insiden yang berlaku antara jemaah surau dan seorang pemandu cina makin mendapat perhatian ramai. Video insiden yang diviralkan memaparkan sekumpulan lelaki didapati merusuh dan memukul pemandu terbabit.

Artikel Berkaitan : Ini Laporan Polis & Pengakuan Jemaah Surau Insiden Pukul Bunyikan Hon Ketika Solat Jumaat

Hari ini, polis telah menahan 4 lelaki yang dipercayai terlibat dalam memukul pemandu itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat meminta agar orang ramai tidak mengeruhkan keadaan.

Empat lelaki ditahanastroawani

Empat lelaki ditahan susulan kejadian seorang lelaki dipukul kerana didakwa membunyikan hon di hadapan Surau Taman Austin Perdana, di sini ketika solat Jumaat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kes kini disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Pasukan polis telah menahan empat lelaki berumur 21 hingga 55 tahun pada jam 1 pagi tadi.

Pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang degil dan meminta semua pihak agar bertolak ansur.

Jangan komen mendatangkan kemudaratan

1-1-1024x553

Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih degil dengan menyemarakkan api kemarahan

Dato’ Kamarul turut mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan dan mengeluarkan apa-apa komen yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×