berita

‘Semua Pun Boleh Rentas Negeri Kak. Kena Dengan Cara Boleh Sahaja’ – Ikmal Amry Jawab Isu Bercuti Di Langkawi

April 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak beberapa minggu yang lalu, isu rentas negeri dan langgar prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan selebriti dan Instafamous semakin menjadi buah mulut netizen.

Terbaru, pelakon, Ikmal Amry dan isterinya turut menjadi buah mulut netizen kerana mereka memuat naik foto dan video bercuti di Langkawi baru-baru ini.

Make your wife happy

Menerusi laporan Astro Gempak, Ikmal membalas kecaman netizen dan memberitahu bahawa dia isteri masih mematuhi SOP ketika bercuti di pulau peranginan itu.

Semua pun boleh rentas negeri kak. Kena dengan cara boleh sahaja.

Netizen turut mendakwa dan membandingkan kelulusan pasangan itu merentas negeri dengan pasangan pengantin baru iaitu seorang pengacara terkenal. Ujar isteri Ikmal iaitu Najla, pengacara tersebut menetap di Kuala Lumpur iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan. Manakala, mereka pula tinggal di Negeri Sembilan iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sektor pelancongan sudah dibuka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Di samping itu, Najla dipercayai memuat naik sepotong video di Instagram Stories dan bertanyakan pandangan umum mengenai tindakan mereka merentas negeri dari negeri PKPP ke kawasan sama PKPP.

Sektor pelancongan sudah buka, tapi boleh merentas dari negeri PKPP ke negeri PKPP. Macam I dekat Negeri Sembilan yang masa sekarang PKPP boleh pergi melancong ke tak?

Mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), gelembung pelancongan domestik terpakai untuk negeri PKPP-PKPP sahaja.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×