berita

Semua Tabligh Yang Menyertai Perhimpunan Di Indonesia Akan Dikuarantin- Menteri Pertahanan

March 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebentar tadi, Menteri Pertahanan Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri telah melakukan satu sidang media berikutan wabak Covid-19 yang sedang berlaku di Malaysia.

Menerusi sidang media tersebut, beliau turut meninggalkan beberapa pesanan penting yang seharusnya dipatuhi oleh kesemua rakyat Malaysia dan tindakan yang bakal diambil terhadap golongan tabligh yang kini berada di Indonesia.

Golongan tabligh akan dikurantin

 

Menurut Dato Sri Ismail Sabri, pihak kementerian akan memastikan kesemua 89 orang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Indonesia bakal dikuarantin sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia. Malah, kerajaan juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap seluruh rakyat Malaysia yang berada di luar negeri dan yang bakal pulang ke tanah air. Tambahnya, pihak Imigresen akan memaklumkan kepada pihak kerajaan mengenai bilangan individu yang berada di luar negeri dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beliau turut melaporkan bahawa seramai 4 ribu orang yang menyertai perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur baru-baru ini, masih tidak menjalani ujian saringan kesihatan sejurus diminta melakukan pemeriksaan segera oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pihak polis akan mengesan kesemua kumpulan tabligh yang masih belum tampil untuk melakukan saringan kesihatan.

Saya minta kumpulan tabligh tersebut tampil sendiri dan lakukan pemeriksaan sebelum pihak polis mengesan anda.

Undang-undang bakal diambil

Di samping itu, beliau turut membentangkan laporan tindakan pihak polis yang mengawal rakyat di bandar dan luar bandar sejak semalam. Setakat semalam, 504 sekatan di seluruh Malaysia telah dilaksanakan dan 6165 kenderaan telah diperiksa oleh pihak polis. Hanya 60 peratus sahaja rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan selepas tinjauan dilakukan.

Disebabkan peratusan tersebut tidak mencapai tahap yang diharapkan, beliau turut meminta semua rakyat Malaysia mendisiplinkan diri dan menjaga kesihatan walaupun mereka masih dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Pihak polis bakal mengenakan tindakan undang-undang sekiranya masih ada rakyat Malaysia yang tidak patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

Sumber: Tv3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×