Di Instagram, pelakon Dayana Roza, memberitahu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena rempuhan seorang individu yang turun daripada permainan gelongsor ketika bercuti dengan keluarganya di Mersing, Johor baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Sambut Raya Ala Kadar, Imbau Tragedi Huru Hara Ambil Lemang Naik Motor Semasa PKP
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Ada Duit Sendiri, Tak Perlu Reda Je Dengan Perkahwinan ‘Toksik”- Dayana Roza
Berlaku sangat pantas
Menurut Dayana, dia bersyukur kerana anak sulungnya, Astrid Raheeya tidak menjadi mangsa insiden itu.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Betul kata orang, naluri seorang ibu itu memang kuat. Tengah sarapan, saya tak sedap hati bila tengok Astrid dengan pembantu bermain di pantai, sekitar gelongsor.
Baru makan telur dadar tiga suap, saya terus berlari ke arah mereka. Nasib saya sempat tolak Astrid sekuat hati, sebab tengok orang atas gelongsor dah tak ada.
Tapi nasib saya tak baik, lelaki itu turun betul-betul kena kepala saya. Tak pasti kena kaki atau siku, sebab saya menghadap Astrid lepas tolak dan nak ke arah dia.
Selepas kena (hentakkan) saya pitam sekejap. Kepala saya koyak, darah meleleh tak berhenti dan rasa macam nak tidur, tapi saya lawan.
Tambah Dayana, dia terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami pendarahan yang banyak akibat luka di bahagian kepala.
Selepas menaiki bot ke darat, saya terus dibawa ke Hospital Mersing. Sesudah melakukan pemeriksaan ‘X ray’, doktor kata kena buat CT scan (imbasan tomografi berkomputer) juga.
Jururawat tanya ada insurans atau tidak, saya kata ada dan dia suruh hubungi KPJ Kluang (paling dekat) untuk ambulans datang ambil. Sampai sana (hospital), terus buat ‘X ray’ lagi, CT scan, makan ubat tahan sakit dan kena lakukan pembedahan kecil.
Berbicara lebih lanjut, Dayana berkata, pembedahan tersebut perlu dilakukan kerana doktor tidak boleh menjahit kecederaan yang dialami olehnya.
Tak boleh jahit biasa sebab kulit kepala koyak dan nampak tengkorak walaupun kecederaan dialami itu tidak begitu serius.
Sumber: Dayana