berita

Semuanya RM2.10 – Jom Dapatkan Keperluan Harian Korang Di Cawangan Terbaru Ninso!

March 6th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Barangan keperluan harian seperti makanan, barang dapur dan kelengkapan peribadi sangat penting. Tak kiralah yang berkeluarga atau bujang, kalau takde barang-barang ni masalah wei! Haa.. Sebab tu, kami nak kongsikan di mana korang boleh dapatkan keperluan harian dengan harga yang murah dan terbaik. Semestinya di Ninso!

Buat korang yang belum tahu, Ninso merupakan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga RM2.10 je. Patut la ramai yang suka berbelanja kat sini. Cawangan pun dah semakin bertambah.

Jom serbu cawangan baru Ninso di Klang!

Korang yang tinggal di kawasan Klang kena tahu ni. Ninso akan tambah lagi cawangan baru mereka dan kali ni mereka akan berada di Klang, Selangor!

Cawangan baru Ninso di Klang ni akan dibuka secara besar-besaran pada 7 Mac 2020, hari Sabtu. Hujung minggu ni boleh la bawak keluarga atau kawan-kawan korang datang. Kami yakin korang akaan seronok berbelanja kat sini. Nak tahu kenapa?

Banyak barang keperluan dijual, makanan & minuman pun ada!

Di Ninso, ada banyak gila barang kat sini. Barangan keperluan seperti barang rumah, barang dapur, barang mandian, permainan malah alat solek pun ada. Kecil atau besar, tetap RM2.10!

Paling terkejut, makanan dan minuman pun banyak dijual. Korang yang suka kunyah-kunyah waktu tengok drama televisyen kat rumah boleh borong jajan kat sini. Senang cerita, benda yang korang nak cari, mesti ada kat Ninso. Tak tipu!

Ruang besar & selesa, pusing la sampai pengsan.

Paling kami suka adalah ruang dalaman Ninso yang luas dan selesa. Takdelah rasa sempit je walaupun ramai orang kat dalam kedai. Suasananya juga tak sama macam kedai barangan keperluan yang biasa. Kebersihan memang terjaga wei. Korang pun selesa nak berbelanja. Puas hati la!

Barang disusun dengan kemas mengikut bahagian.

Ramai yang cakap senang cari barang kat Ninso. Memang betul! Barangan kat sini sentiasa disusun dengan kemas mengikut bahagian masing-masing. Takde la pening nak cari barang yang korang nak. Semua barangan tersusun rapi!

Paling penting, murah & berkualiti!

Walaupun barang kat Ninso hanya RM2.10, tapi barangannya berkualiti. Setiap hari staf mereka akan semak dan tukar barangan lama dengan baru tau.

Dapatkan hadiah PERCUMA dari Ninso!

Sempena pembukaan cawangan baru Ninso di Klang, ada hadiah istimewa untuk korang. Caranya senang je. Korang hanya perlu LIKE & SHARE Facebook Page Ninso WM. Lepas tu tunjuk pada staf mereka. Terus boleh dapat hadiah!

Antara hadiah yang korang akan dapat ialah Calpis kurma, snack bar, F&N lychee, finger chewies, aiskrim dan belon. Bukan senang nak dapat hadiah istimewa macam ni. Kalau tak grab, memang rugi.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Korang yang duduk di kawasan Klang wajib singgah Ninso ya. Mereka beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk update terkini daripada Ninso, boleh LIKE & FOLLOW mereka di Facebook atau Instagram okay?

Facebook: Ninso WM

Intagram: @ninsowm

Jom angkat semua barang di Ninso. Jumpa kat Klang guys!

SKIP THIS AD ×