berita

‘Semuanya Tidak Bermakna Selepas Ada Pihak Ketiga’- Isteri YouTuber Diceraikan Setelah Dimadukan Dalam Diam

July 26th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Wiwin SupriyaKisah rumah tangga pasangan YouTuber terkenal dari Indonesia iaitu Dewa Eka Prayoga dan Wiwin Supiyah menjadi bualan hangat natizen selepas bekas isterinya mendedahkan sudah bercerai setelah kantoi berpoligami.

Artikel Berkaitan:Kerap Buat Konten ‘Sweet’ Bersama, TikToker Dicerai Talak Tiga – ‘Awak Terlalu Baik Untuk Saya’

Dipoligami tanpa pengetahuan

Wiwin mengumumkan penceraiannya menerusi satu hantaran di Facebook pada 22 Jun lalu. Berita tersebut mendapat perhatian warganet di Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, Wiwin telah dimadukan tanpa pengetahuannya bersama wanita yang dikenali sebagai Tasya Salsabila yang berusia 24 tahun.

Wiwin berkongsi kisah dimana bekas suaminya pernah berhutang sebanyak 7.7 juta rupiah (RM2,373) di awal perkahwinan mereka, malah pernah diuji dengan masalah kesihatan iaitu penyakit Guillain-Barre Syndrome (GBS) yang menyerang sistem saraf sehingga menyebabkan lumpuh seluruh badan.

Walau bagaimanapun, kesetiaan dan pengorbanan Wiwin dikalahkan dengan kehadiran orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.

Tetapi nampaknya kesetiaan saya menemani kamu dari titik terendah dalam hidup, tidak menjamin kesetiaan kamu. Semuanya tidak bermakna selepas ada pihak ketiga yang berusia 24 tahun.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×