Seorang wanita disahkan maut selepas tergelincir dan terjatuh dari sebuah tebing setinggi 32 meter.
Artikel Berkaitan: ‘Segala Persiapan Tunang Dah Dibuat’ – Lelaki Maut Kereta Dipandu Terbabas Langgar Pokok
Sambut hari pertunangan
Memetik laporan Daily Mail, ketika kejadian, mangsa, Yesim Demir, 39, sedang bercuti bersama tunangnya Nizamettin Gursu di Polente Cape yang terletak di wilayah Marmara, Turkiye.
Difahamkan, Nizamettin baru sahaja melawar Yesim dan meraikan hari gembira tersebut dengan berkelah sambil melihat matahari terbenam di sebuah tebing.
Tidak lama kemudian, Nizamettin yang pergi ke kereta untuk mendapatkan peralatan perkelahan terdengar jeritan yang sangat kuat.
Mendengar jeritan itu, dia kemudiannya bergegas ke lokasi jeritan tersebut sebelum mendapati Yesim sudah pun terjatuh dari tebing tersebut.
Yesim kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika cuba diselamatkan oleh petugas perubatan akibat daripada kecederaan parah di badan.
Sumber: Daily Mail