berita

Senarai 12 Finalis Layak Ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)

November 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika musim lepas, Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) telah menyaksikan Hafiz berjaya merangkul anugerah ‘Juara Lagu’ dan juga ‘Vokal Terbaik’, tahun ini bakal menyaksikan lebih ramai nafas baru berjaya layak ke peringkat akhir anugerah yang penuh berprestij ini.

Antara penyanyi baru yang terus menyinar dan layak ke Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) termasuklah Amir Jahari, Bedroom Sanctuary, Mojo dan juga Shila Amzah. Namun begitu, Hafiz yang telah merangkul trofi juara pada musim lepas masih tetap berada di dalam senarai finalis untuk tahun ini dengan lagunya, ‘Ku Akui’ dan juga duet bersama Adira, ‘Ombak Rindu’.

Lebih menarik, Shila Amzah sekali lagi layak dengan lagu ciptaannya sendiri, ‘Patah Seribu’ selepas berjaya merangkul anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-19 untuk trofi ‘Anugerah Lagu Terbaik’ serta trofi ‘Power Vocal Award’ di Shout Award 2012. Adakah kali ini penyanyi yang berusia 22 tahun ini sekali lagi akan mencipta sejarah?

Berikut adalah senarai lagu layak ke Anugerah Juara Lagu 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013.

Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy

Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bed Room Sentuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah

Anda sudah dapat agak siapakah yang bakal merangkul anugerah untuk AJL 27 nanti?

SKIP THIS AD ×