berita

SPRM Keluarkan Senarai Pendapatan Ahli Parlimen Malaysia, Menteri Kewangan Paling Tinggi

November 1st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan semua Menteri Kabinet, anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen kerajaan wajib mengisytiharkan harta dalam tempoh 3 bulan selepas mengangkat sumpah. Keputusan itu dibuat melalui persetujuan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi portal pengisytiharan harta SPRM, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan mempunyai pendapatan tertinggi berjumlah RM 86,464.92.

Senarai perisytiharan harta

Menerusi laporan yang dikeluarkan portal ini, Lim Guan Eng mencatat pendapatan paling tinggi dalam kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan. Di dalam jumlah pendapatan tersebut, beliau turut memasukkan nama isteri dan anak.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri pula mempunyai jumlah pendapatan sebanyak RM75,861.57. Kedudukan itu disusuli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, (diri sendiri dan isteri) berjumlah RM73,576.15, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (diri sendiri dan isteri) sebanyak RM72,276.37 dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok (diri sendiri) sebanyak RM68,142.66.

Peratusan pengisytihar

Walaubagaimanapun, laporan ini tidak memaklumkan butiran terperinci sama ada bagi tempoh sebulan atau pun setahun. Setakat ini, seramai 58 orang (46.8%) ahli parlimen kerajaan telah mengisytiharkan harta, manakala 66 orang (53.2%) lagi masih belum.

Bagi anggota pentadbiran pula, seramai 27 orang (55.1%) anggota pentadbiran kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka dan 22 orang (44.9%) lagi belum melakukan perkara yang sama.

Untuk pengetahuan ramai, Portal Perisytiharan Harta dibangunkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk membolehkan perisytiharan harta oleh Anggota Pentadbiran & Ahli Parlimen Kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.

Sumber : Berita Harian , SPRM

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×