berita

Senator US Dakwa China Menipu, COVID-19 Bukan Berpunca Dari Pasar Tetapi..

February 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kes kematian semakin meningkat hari demi hari selepas virus COVID-19 ini mula menular sejak December tahun lepas. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang antidot yang boleh melawan virus ini. Bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa kes dimana pesakit virus ini boleh sembuh dan bes

Terbaru, Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.

Berapa ramai yang boleh dijangkiti dari seorang

Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini. Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut.

Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.

Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan.

Dalam perkembangan sama, South China University of Technology turut merumuskan bahawa koronavirus itu berkemungkinan berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.

Ia menjurus kepada kajian terhadap kelawar dan penyakit pernafasan yang dibawa oleh haiwan di Pusat Kawalan Penyakit Wuhan dan Institut Virologi Wuhan. Para saintis China percaya virus tersebut mungkin mula hidup di fasiliti kajian yang terletak cuma 300 meter dari pasar Wuhan.

Kertas kajian oleh Botao Xiao dan Lei Xiao dari universiti tersebut menyatakan Pusat Kawalan Penyakit Wuhan ‘melahirkan’ penularan wabak itu di wilayah Hubei kerana menyimpan haiwan pembawa penyakit di makmal mereka termasuk 605 ekor kelawar – yang merupakan haiwan dikaitkan dengan virus tersebut.

Laporan itu menyatakan Urutan genom (genome sequences) daripada pesakit adalah 96 peratus atau 89 peratus menyerupai koronavirus Bat CoV ZC45 yang ditemui pada Rhinolophus (spesis kelawar).

Ia menerangkan bagaimana kelawar asli hanya terdapat sekitar 600 batu jauhnya dari pasar makanan laut Wuhan dan kebarangkalian kelawar yang terbang dari wilayah Yunnan dan Zhejiang adalah minimum.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×